Boo

Wednesday, 31 July 2013

Barisan Pelakon


M. Jamil & Delimawati (Penampilan Istimewa)

Raji Simran & Amirul Shah

Yulina & Mayumi Kasuga

 Boy Iman & Ery Zukhairi 

....sambungan - Pengalaman kami



Setelah selesai tugasan, kami terus beredar dan menuju ke surau yang terletak tidak jauh dari rumah sewa, ketika kami sedang menunaikan solat Zohor, salah seorang daripada kami ternampak bayangan orang yang berpakaian serba putih berdiri di sudut dinding surau tersebut.  Selesai solat, kami terus beredar dan bergerak menuju ke rumah penjaga itu untuk berehat.

Kami cuba untuk pergi ke rumah tersebut pada waktu malam tetapi hati kami kuat mengatakan untuk tidak ke sana.  Disebabkan bilangan kami yang tidak ramai, maka kami batalkan sahaja niat untuk ke lokasi rumah tersebut dan terus mengemas barang untuk pulang.  Sebaik sahaja kereta kami begerak menuju ke pagar utama, wiper di bahagian belakang kereta kami tidak berhenti bergerak sedangkan ianya sudah ditutup.  Tetapi, kami tidak mengendahkan hinggalah sampai ke kawasan perumahan dan barulah wiper itu berhenti. 

Syukur alhamdulillah kami pulang dalam keadaan yang selamat.   

Tuesday, 30 July 2013

Temuramah di Shah Alam

Salam & Selamat pagi...

Alhamdulillah.. Pada hari ini kami akan ke Shah Alam untuk menemuramah para penduduk dan pelajar yang menuntut di kawasan berdekatan.  Jumpa anda di sana!!

Sunday, 28 July 2013

Pengalaman kami



Bercakap mengenai rumah sewa RM50, kami sendiri mengalami pengalaman yang agak aneh ketika  sedang menemuramah penjaga ‘Rumah Sewa’ iaitu Pak Din. Pelbagai perkara yang kami rasa pelik ketika berada di situ.  Kami merasakan seperti ada ‘sesuatu’ sedang memerhati pergerakkan kami.  Pertama kali melangkah kaki ke kawasan tersebut, kami dapat merasakan tempat ini amat misteri dan seram.  Tambahan pula, keadaan sekeliling begitu tenang dan sunyi kerana ketika itu, tiada orang lain selain kami yang datang ke kawasan tersebut.  
 Sampai saja, kami terus menuju ke rumah sewa tersebut dan bermula dari situ jugaklah kami sudah merasa seram sejuk.  Di belakang rumah sewa itu juga ada busut  besar yang terletak di tepi pokok.  Keadaan itu menambah lagi perasaan tidak sedap hati tetapi kami buat tidak tahu sahaja dan  tidk menghiraukan apa yang kami rasa dan meneruskan perjalanan kerja kami seperti biasa.    


.......akan bersambung.  

Monday, 22 July 2013

KUIZ "RUMAH SEWA RM50"

BERITA BAIK!!!!!! 

RUMAH SEWA RM 50 akan mengadakan Kuiz berdasarkan kisah di dalam filem ini. Penyertaan terbuka kepada semua.

Kuiz akan bermula pada OGOS 2013 sehingga seminggu sebelum tarikh tayangan umum

Soalan akan dikeluarkan setiap 2 minggu sekali,dan 2 pemenang akan dipilih sehari selepas tarikh tutup kuiz pada setiap kali.

Hadiah bulanan akan diserahkan kepada pemenang pada minggu pertama dan minggu pertengahan setiap bulan.

Hadiah utama akan diserahkan kepada pemenang yang berjaya memberi slogan yang terbaik pada majlis makan malam bersama pengarah dan pelakon-pelakon utama filem RUMAH SEWA RM 50 serta penaja hadiah utama Dato Hjh Sarimah Ahmad pada 2 minggu selepas tayangan umum.

Orang ramai boleh menghantar jawapan ke inbox message di facebook RUMAH SEWA RM 50. 


https://www.facebook.com/RumahSewaRm50 








Hadiah Bulanan:  Barangan Eksklusif Siri Filem Momok
Hadiah Utama:  Makan Malam bersama Pengarah dan Pelakon Utama dan bersama Dato Hajah Sarimah Binti Ahmad
Penaja Hadiah Utama Kuiz Barangan Primadona Worldwide 

JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!

Remaking



En. Hamaluddin atau dikenali sebagai Pak Din, Penjaga 'Rumah Sewa RM50'.



Kami sempat menemuramah Pak Din mengenai rumah jagaan beliau yang agak lama.  Apa yang diceritakan oleh beliau merupakan kisah benar yang berlaku di kawasan rumah sewa RM50 ini.  Pengalaman 13 tahun Pak Din menjaga rumah ini cukup untuk menyatakan bahawa Pak Din adalah seorang yang sangat berani. 




  Dalam Bilik

 Luar Rumah




Kalau di lihat dari segi rumah dan kawasan sekeliling, rumah ini amat sesuai untuk dijadikan kawasan penggambaran untuk cerita-cerita seram.   Kami sempat merakamkan beberapa sudut dalam dan luar rumah yang boleh menjadi tanda tanya kepada pengunjung untuk bertanya mengenai rumah ini.  Sebaliknya Pak Din hanya menceritakan tentang latar belakang rumah dan kawasan tersebut sahaja kerana beliau tidak mahu menakutkan dan meragukan pengunjung yang bakal menyewa rumah tersebut. 


Apabila dikaitkan dengan filem yang bakal di terbitkan oleh Galaksi Seni iaitu "Rumah Sewa RM50" arahan M.Jamil, Pak Din menyatakan bahawa filem ini sudah cukup menyeramkan dan ada berkaitan dengan perkara sebenar. 

"Mandram" ~ Rumah Sewa RM50.

Keratan Akhbar




INSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.  

Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas.  Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.  

Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi.  Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan. 

Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti.  Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.  

artikel penuh:-
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm



Wednesday, 17 July 2013

SYNOPSIS RM 50 HOUSE FOR RENT MOVIE

     
            True story of the horror and mystery happening that took place at the rm50 rental house in Seksyen 2, Shah Alam,Selangor. The house was the word of mouth among UiTM students back in the 80's and 90's era.A story about a group of 5 colleagues Wan,MJ,Cassandra,Raji and Hazel who were looking for a house to rent. They were very happy because they managed to get a rental house in a short period of time even though it is located in the suburb.But most importantly, the rent was very cheap. Without any hesitation, they agreed to rent the house even when the landlord has told them about something in the house. While they were cleaning their new house, one of the mate accidently has released the spirit that has been long living in the house. By the time they were just started to live in the house, Cassandra was possesed. While they were looking for the roots of the problem, Hazel and Raji suddenly went missing. Wan and MJ found a dead end which makes Wan decided to leave the house. Anyhow, Wan came back to help MJ in the name of friendship. The night was a HELL. Can MJ and Wan survive while waiting for help in the next morning? Where is Hazel and Raji? What happened to Cassandra? Can MJ and Wan save themselves and their friends? Together we unveil the mystery in ''RM50 HOUSE FOR RENT...YOU CAN'T EVEN STAND,NOT EVEN FOR ONE NIGHT!'', a suspense-thriller film by M.Jamil.


 "YOU CAN'T EVEN STAND,NOT EVEN FOR A NIGHT!''

Sinopsis Filem Rumah Sewa RM50

 
             Berdasarkan kisah benar kejadian seram dan misteri di sebuah rumah yang di sewa dengan kadar RM50 yang terletak di Seksyen 2, S.Alam Selangor. Rumah tersebut begitu popular di kalangan bekas penuntut Uitm di sekitar tahun 80’an dan 90’an.  Mengisahkan tentang sekumpulan 5 sahabat sekerja Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa. Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah. Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun Tuan Rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka. Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara 5 sahabat dengan tidak sengaja telah membebaskan ‘roh’ yang telah lama menghuni rumah tersebut. Saat mereka mula menghuni rumah tersebut, Cassandra telah dirasuk. Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, Wan kembali untuk menolong MJ atas dasar persahabatan. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Mampukah MJ dan Wan bertahan sepanjang malam itu sementara menunggu pagi untuk mendapatkan bantuan? Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan diri dan rakan-rakan mereka? Sama-sama kita dapatkan jawapannya di dalam “RUMAH SEWA RM50… KAU TDAK AKAN MAMPU BERTAHAN WALAU PUN SEMALAMAN! “ sebuah karya suspen triller arahan M.Jamil…

"KAU TIDAK AKAN DAPAT BERTAHAN WALAUPUN SEMALAMAN!"

The Making of RUMAH SEWA RM50


Unofficial Trailer