Boo

Friday 30 August 2013

PEMENANG MINGGUAN KUIZ RUMAH SEWA RM50

TAHNIAH KEPADA PEMENANG MINGGUAN KUIZ RUMAH SEWA RM50.

1) NUR AFRINA BT MOHD ISA  
2)NURIN DALILAH BT ROZANI

NANTIKAN SOALAN KUIZ SETERUSNYA....

NUR AFRINA

NURIN DALILAH

Thursday 29 August 2013

UCAPAN KEMERDEKAAN 2013


KAMI DARI PENGURUSAN GALAKSI SENI SDN BHD
INGIN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56.

"MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" 

Monday 19 August 2013

Jumpa di Pawagam!


JANGAN LUPA SAKSIKAN FILEM 
RUMAH SEWA RM50 
DI PAWANGAN AKAN DATANG!



SERTAILAH KUIZ MINGGUAN FILEM RUMAH SEWA RM50 UNTUK MEMENANGI HADIAH-HADIAH LUMAYAN!
JANGAN KETINGGALAN!!

Sunday 18 August 2013

SINOPSIS RUMAH SEWA RM50


        Berdasarkan kisah benar kejadian seram dan misteri di sebuah rumah yang di sewa dengan kadar RM50 yang terletak di Seksyen 2, S.Alam Selangor. Rumah tersebut begitu popular di kalangan bekas penuntut Uitm di sekitar tahun 80’an dan 90’an.  Mengisahkan tentang sekumpulan 5 sahabat sekerja Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa. Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah. Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun Tuan Rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka. Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara 5 sahabat dengan tidak sengaja telah membebaskan ‘roh’ yang telah lama menghuni rumah tersebut. Saat mereka mula menghuni rumah tersebut, Cassandra telah dirasuk. Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, Wan kembali untuk menolong MJ atas dasar persahabatan. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Mampukah MJ dan Wan bertahan sepanjang malam itu sementara menunggu pagi untuk mendapatkan bantuan? Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan diri dan rakan-rakan mereka? Sama-sama kita dapatkan jawapannya di dalam “RUMAH SEWA RM50… KAU TDAK AKAN MAMPU BERTAHAN WALAU PUN SEMALAMAN! “ sebuah karya suspen triller arahan M.Jamil…

"KAU TIDAK AKAN DAPAT BERTAHAN WALAUPUN SEMALAMAN!"

Tuesday 13 August 2013

Official Trailer 2- Rumah Sewa RM50!

SOALAN KUIZ MINGGU INI!!

1. Namakan salah seorang dari lima pelakon utama dalam filem "Rumah Sewa RM50"

2. Namakan pelakon penampilan khas dalam filem "Rumah Sewa RM50"


Syarat Penyertaan :

- Dapatkan jawapan anda menonton  Official Trailer Rumah Sewa RM50 di Youtube, laman Facebook, blog Rumah Sewa RM50, dan juga blog Momok The Movie dan anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan  dan slogan yang kreatif. 


     Trailer  :  Official Trailer 1 & Official Trailer 2   
     Blog Rumah Sewa RM50 : http://filemrumahsewarm50.blogspot.com/
     Blog Momok The Movie : http://momokthemovie.blogspot.com


- Terbuka kepada semua kecuali kakitangan penganjur, Team Filem Rumah Sewa RM50, dan penaja serta    ahli keluarga terdekat mereka.
- 2 pemenang akan dipilih sehari selepas tarikh tutup penyertaan
      (Tarikh tutup penyertaan: 24 oktober 2013)
- Anda hanya dibenarkan menghantar jawapan ke Inbox Facebook Filem Rumah Sewa RM50   
- Pemenang akan diumumkan melalui laman Facebook dan Blog
- Bagi memudahkan penganjur menghubungi para pemenang, sila pastikan setiap penyertaan disertakan dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan dan pastikan juga anda liked page Rumah Sewa RM50 di laman Facebook 
- Keputusan pemilihan pemenang oleh penganjur adalah MUKTAMAD


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. 
 HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!

Pemenang bulanan akan mendapat Barangan Eksklusif dari koleksi filem Momok dan pas  percuma untuk menonton Filem Rumah Sewa RM50.  Pemenang hadiah utama akan dipilih  berdasarkan slogan terbaik daripada pemenang bulanan. 

Monday 5 August 2013

UCAPAN AIDILFITRI 1434H



KAMI DARI PIHAK PENGURUSAN GALAKSI SENI SDN BHD INGIN MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN KEPADA YANG INGIN PULANG KE KAMPUNG, BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU.

Thursday 1 August 2013

Pengalaman di rumah kosong sekitar Shah Alam


Pada minggu ini, kami telah merancang untuk menyiasat tentang kebenaran kisah misteri Rumah Sewa RM50. Kami telah pergi ke Shah Alam di mana kisah yang telah menjadi bualan ramai di laman sesawang. Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dan disertai oleh 4 orang iaitu dari kalangan kami sendiri. Perjalanan kami memakan masa selama 40 minit untuk tiba di Shah Alam. 

Destinasi pertama kami adalah di Seksyen 2, Shah Alam. Iaitu rumah yang terletak berhadapan dengan Taman Tema Wet World seperti yang dinyatakan dalam sesetengah blog.  Ketika kami berada di sana, kami mencari beberapa rumah yang sering diperkatakan ramai.  Kami telah menemui rumah tersebut tetapi keadaan rumah itu tidak seperti apa yang digambarkan di laman sesawang. Apa yang kelihatan, rumah tersebut telah pun diubahsuai dan didiami tetapi tidak diketahui siapa pemilik sebenar.

Destinasi kami yang kedua adalah di Seksyen 3, Shah Alam. Iaitu sebuah rumah banglo yang terletak tidak jauh dari asrama kediaman universiti tempatan. Rumah tersebut agak menyeramkan kerana tidak terjaga rapi. Akan tetapi, pemilik rumah tersebut sedang mencari pembeli atau penyewa kerana kelihatan iklan yang tertera dipagar rumah tersebut.

Kami meneruskan perjalanan dengan kembali ke kawasan perumahan Seksyen 2. Kami berjaya mencari sebanyak empat buah rumah yang begitu menyeramkan. Rumah pertama adalah rumah yang disyaki dan dipercayai sebagai lokasi sebenar. Secara kebetulan, kami cuba menemurah penduduk berdekatan dengan kawasan rumah tersebut. Beliau menceritakan serba sedikit berkenaan rumah tersebut akan tetapi secara tidak terperinci kerana menurut beliau, beliau baru sahaja tinggal di rumah sewa selama setahun lebih. Beliau menjelaskan bahawa ramai yang telah ke rumah tersebut untuk mengalami dan mengetahui lebih lanjut berkenaan rumah tersebut. Tetapi ada yang ditangkap polis akibat aduan dari jiran-jiran tetangga yang mengadu bahawa rumah tersebut terancam oleh orang luar.

Selain itu, lokasi yang kami telah pergi adalah sebuah rumah kosong yang terletak tidak jauh dari rumah sewa yang sedang hangat diperkatakan. Dalam perjalanan ke rumah tersebut, kami turut menjumpai beberapa rumah kosong yang lebih menyeramkan. Kami berehat sebentar untuk berbuka puasa dan menyambung semula untuk mengambil gambar dan merakam video kira-kira dalam pukul 8.30 malam. Walaupun dikelilingi kawasan perumahan, akan tetapi keadaan di kawasan tersebut masih sunyi umpama tiada sesiapa disekeliling. Kami berpusing ke kawasan rumah tersebut sebanyak tiga kali.

Kami meneruskan perjalanan ke rumah tersebut, kami melihat seekor kucing yang tiba-tiba keluar dari rumah tersebut dan melihat ke arah kami. Kami merancang untuk tidak keluar dari kereta atas dasar keselamatan kerana dikhuatiri berlaku hal yang tidak diingini. Perjalanan kami berjalan lancar tetapi kami terasa ada seseorang sedang menunggu di dalam kereta untuk memerhati pergerakan kami. Tidak lama kemudian, kami beredar dengan segera dari lokasi tersebut.

Rumah Sewa Kosong




Rumah sewa kosong? Seringkali kita mendengar tentang cerita di sebalik rumah kosong yang telah disewakan. Kebiasaannya, rumah kosong yang sering disewakan banyak mengungkap kisah-kisah misteri yang kadangkala menjadi bualan masyarakat setempat. Berkenaan kisah misteri, banyak kisah yg dikatakan ‘dongeng’ semata-mata kerana tiada bukti yang boleh merungkaikan kisah tersebut. 


Sehinggakan, ada yang mendakwa wujud kes kemalangan dan kematian. Belum wujud kesahihan yang nyata kerana cerita hanya disampaikan kadangkala hanya rekaan semata-mata.


Mungkin, kisah misteri hanyalah sebuah cerita yang direka-reka bagi menyedapkan lagi perjalanan cerita. Apabila kebanyakan rumah ditinggalkan kosong, ramai membuat andaian bahawa rumah-rumah tersebut mestilah ‘berhantu’. Benarkah ‘hantu’ benar-benar wujud di rumah-rumah yang selalunya dibiarkan kosong? Jika benar, mengapa kisah-kisah misteri yang berlaku di kebanyakkan rumah sewa kosong masih belum terungkai. 

 

The Remaking - The Making of

Rumah Sewa Kosong

  Kami telah ke tempat lokasi penggambaran untuk meninjau keadaan rumah tersebut.  Tempat ini telah menjadi pilihan Pengarah untuk menjadi salah satu lokasi penggambaran yang sesuai.  



Jika dilihat dari segi keadaan rumah yang tidak terurus dan tidak berpenghuni ini, sudah cukup menyatakan bahawa rumah ini amat menyeramkan.