Setelah selesai tugasan, kami terus beredar dan menuju ke surau yang
terletak tidak jauh dari rumah sewa, ketika kami sedang menunaikan solat Zohor,
salah seorang daripada kami ternampak bayangan orang yang berpakaian serba
putih berdiri di sudut dinding surau tersebut.
Selesai solat, kami terus beredar dan bergerak menuju ke rumah penjaga
itu untuk berehat.
Kami cuba untuk pergi ke rumah tersebut pada waktu malam tetapi hati
kami kuat mengatakan untuk tidak ke sana.
Disebabkan bilangan kami yang tidak ramai, maka kami batalkan sahaja
niat untuk ke lokasi rumah tersebut dan terus mengemas barang untuk pulang. Sebaik sahaja kereta kami begerak menuju ke
pagar utama, wiper di bahagian belakang
kereta kami tidak berhenti bergerak sedangkan ianya sudah ditutup. Tetapi, kami tidak mengendahkan hinggalah sampai
ke kawasan perumahan dan barulah wiper
itu berhenti.
Syukur alhamdulillah kami pulang dalam keadaan yang selamat.