Bercakap mengenai rumah sewa RM50, kami sendiri mengalami pengalaman
yang agak aneh ketika sedang menemuramah
penjaga ‘Rumah Sewa’ iaitu Pak Din. Pelbagai
perkara yang kami rasa pelik ketika berada di situ. Kami merasakan seperti ada ‘sesuatu’ sedang
memerhati pergerakkan kami. Pertama kali
melangkah kaki ke kawasan tersebut, kami dapat merasakan tempat ini amat
misteri dan seram. Tambahan pula,
keadaan sekeliling begitu tenang dan sunyi kerana ketika itu, tiada orang lain
selain kami yang datang ke kawasan tersebut.
Sampai saja, kami terus menuju ke rumah sewa tersebut dan bermula dari situ jugaklah kami sudah merasa seram sejuk. Di belakang rumah sewa itu juga ada busut besar yang terletak di tepi pokok. Keadaan itu menambah lagi perasaan tidak sedap hati tetapi kami buat tidak tahu sahaja dan tidk menghiraukan apa yang kami rasa dan meneruskan perjalanan kerja kami seperti biasa.

.......akan bersambung.