Pada minggu ini, kami telah merancang untuk menyiasat
tentang kebenaran kisah misteri Rumah Sewa
RM50. Kami telah pergi ke Shah Alam di mana kisah yang telah menjadi bualan
ramai di laman sesawang. Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dan disertai
oleh 4 orang iaitu dari kalangan kami sendiri. Perjalanan kami memakan masa
selama 40 minit untuk tiba di Shah Alam.
Destinasi pertama kami adalah di Seksyen 2, Shah Alam. Iaitu
rumah yang terletak berhadapan dengan Taman Tema Wet World seperti yang dinyatakan
dalam sesetengah blog. Ketika kami berada
di sana, kami mencari beberapa rumah yang sering diperkatakan ramai. Kami telah menemui rumah tersebut tetapi keadaan
rumah itu tidak seperti apa yang digambarkan di laman sesawang. Apa yang
kelihatan, rumah tersebut telah pun diubahsuai dan didiami tetapi tidak
diketahui siapa pemilik sebenar.
Destinasi kami yang kedua adalah di Seksyen 3, Shah Alam.
Iaitu sebuah rumah banglo yang terletak tidak jauh dari asrama kediaman
universiti tempatan. Rumah tersebut agak menyeramkan kerana tidak terjaga rapi.
Akan tetapi, pemilik rumah tersebut sedang mencari pembeli atau penyewa kerana
kelihatan iklan yang tertera dipagar rumah tersebut.
Kami meneruskan perjalanan dengan kembali ke kawasan
perumahan Seksyen 2. Kami berjaya mencari sebanyak empat buah rumah yang begitu
menyeramkan. Rumah pertama adalah rumah yang disyaki dan dipercayai sebagai lokasi
sebenar. Secara kebetulan, kami cuba menemurah penduduk berdekatan dengan kawasan
rumah tersebut. Beliau menceritakan serba sedikit berkenaan rumah tersebut akan
tetapi secara tidak terperinci kerana menurut beliau, beliau baru sahaja tinggal
di rumah sewa selama setahun lebih. Beliau menjelaskan bahawa ramai yang telah ke
rumah tersebut untuk mengalami dan mengetahui lebih lanjut berkenaan rumah
tersebut. Tetapi ada yang ditangkap polis akibat aduan dari jiran-jiran
tetangga yang mengadu bahawa rumah tersebut terancam oleh orang luar.
Selain itu, lokasi yang kami telah
pergi adalah sebuah rumah kosong yang terletak tidak jauh dari rumah sewa yang sedang
hangat diperkatakan. Dalam perjalanan ke rumah tersebut, kami turut menjumpai beberapa
rumah kosong yang lebih menyeramkan. Kami berehat sebentar untuk berbuka puasa
dan menyambung semula untuk mengambil gambar dan merakam video kira-kira dalam
pukul 8.30 malam. Walaupun dikelilingi kawasan perumahan, akan tetapi keadaan
di kawasan tersebut masih sunyi umpama tiada sesiapa disekeliling. Kami
berpusing ke kawasan rumah tersebut sebanyak tiga kali.
Kami meneruskan perjalanan ke
rumah tersebut, kami melihat seekor kucing yang tiba-tiba keluar dari rumah
tersebut dan melihat ke arah kami. Kami merancang untuk tidak keluar dari
kereta atas dasar keselamatan kerana dikhuatiri berlaku hal yang tidak diingini.
Perjalanan kami berjalan lancar tetapi kami terasa ada seseorang sedang menunggu
di dalam kereta untuk memerhati pergerakan kami. Tidak lama kemudian, kami
beredar dengan segera dari lokasi tersebut.