Sunday, 10 November 2013
MISTERI - RUMAH SEWA RM50
KISAH BENAR
Terdapat banyak rumah kosong dan misteri di Seksyen 2 Shah Alam Selangor namun apa di sebalik kisah dan apa yang telah terjadi di setiap rumah di situ tidak dapat dirungkaikan..
Rumah diatas , Kru Dokumentari Rumah Sewa RM50 berhenti dihadapan Rumah Kosong ini untuk mengambil gambar dan video. namun setelah 5 ke 10 minit mereka disitu tiba-tiba salah seorang antara mereka memanggil rakannya untuk cepat masuk ke dalam kereta (KRU (a). Dia berlari masuk dan memandu laju kenderaan tanpa menghiraukan rakan-rakan lain bertanya kenapa dengannya. Dia memandu sehingga keluar dari kawasan Seksyen 2 Shah Alam dan berhenti untuk menenangkan diri. Selepas itu dia mula bercerita
KRU (a)
"Masa aku ambil gambar kat tingkap rumah atas , aku punya camera terpadam tiba-tiba pastu aku ternampak kat tingkap belah kanan sekali aku nampak mata merah kat dinding tu pandang kita dengan keadaan marah, Aku terkejut aku fikir nak keluar dari tempat tu je "
salah seorang dari kami mengatakan memang ada mata di dinding itu tapi bukan warna merah tapi kuning dan putih.
KRU (b)
"memang la ada mata , tapi bukan merah tapi kuning putih je"
KRU (a)
"Mula-mula aku nampak memang putih.. tapi Allah je tahula, Jangan ambil risiko lagi, aku tak nak pergi rumah tu."
...
Demi keselamatan , Kru Dokumentari tersebut tidak patah balik untuk mengambil rakaman atau gambar .